Monday, January 25, 2010

BERJAYA BERSAMA

Semalam macam biasa kami lepak-lepak @Taipan, sembang-sembang dengan biz partners. Ada yg bawak anak kecik, ada yg bawak adik, ada yg bawak awek...mcm-mcm ada. Dan kami tak kisah dengan keriuhan baby-baby n anak-anak kecik tu semua. Sebab kami semua dah bagaikan satu keluarga, satu famili, dan hubungan kami semua amat erat. Inilah kelebihan Taipan 181.

Selepas sorang, sorang lagi bercerita tentang prospek, downline, dugaan, kejayaan, dan lebih banyak dibicarakan pastilah INCOME - DUIT - BONUS.

Dan seterusnya tentang PAKEJ UMRAH PERCUMA yang akan menjelang tiba tidak lama lagi !!!

Semuanya bersemangat! Panas! Rancak! dan enjoy!

Sehingga tibalah sesi penutup, leader hebat telah menyampaikan Kisah Arnab & Kura-kura versi moden....

Part 1
Arnab ajak kura-kura lumba.
Arnab tertidur.
Kura-kura menang.

Part 2
Arnab ajak kura-kura lumba.
Arnab perbaiki kesalahannya - jangan tidur.
Arnab menang

Part 3
Kura-kura ajak arnab lumba.
Kura-kura kata "Tapi biar aku yg buat laluan/jalannya" - Kura-kura memasang strategi.
Kura-kura membuat laluan yg merentasi sungai.
Arnab tidak boleh berenang.
Kura-kura menang.

Part 4
Arnab ajak kura-kura lumba.
Kura-kura kata "Tapi biar aku yg buat laluan/jalannya"
Arnab kata "Ok, tapi biar aku tentukan cara pertandingannya"
Syaratnya : Di jalan darat, kura-kura dikendong oleh arnab. Laju.
Di sungai, kura-kura pula membawa arnab.Selamat.
Jadi siapa yg menang?
Arnab & Kura-kura dua-dua menang.

Begitulah kami di Taipan 181.
Kami tidak akan bergerak sendirian.
Kami tidak akan berjaya sendirian.
Kami tidak akan tamak & kaya sorang-sorang.

Anda akan DIBANTU & DIBIMBING sepanjang masa.
Itulah yg saya, dan rakan-rakan kecapi selama ini.

Kami, dari keluarga bahagia Taipan 181, berbesar hati menjemput anda bersama kami.

Bertemu Anda Di Puncak Kejayaan!!!